Menulis ini tidak mudah. Bukan kerana malas, tetapi, tidak tahu dari mana harus dimulakan dahulu; ayat bagaimana yang harus diatur dan disusun, supaya gaya dan lenggok bahasa itu menjadi indah dan bisa difahami secara mudah oleh pemerhati tulisan.
Menulis ini tidak mudah.
.......................................................
Siapa sangka menulis itu mudah,
Menulis picisan itu mudah,
Mengutuk, mengata, memfitnah,
Itu memang mudah,
Analisis juga tidak payah,
Hanya menulis untuk merendah-rendah.
Menulis untuk membina ummah,
Bercerita, berberita atas dasar akidah,
Sedang hati menulis memohon hidayah,
Menyebar dakwah, bukan dakyah.
Menulis bukan sekadar menyusun kata,
Manis-manis bicara,
Penuh sastera,
Menulis bukan begitu niatnya,
Walau begitu caranya,
Menulis adalah untuk membina,
Bukan memporak-peranda.
Tulisan dari seorang Insan,
Tak sesempurna kalam Tuhan.
2 ulasan:
setuju!!!!!!
bukan mudah..
hanya Allah yang memberi ilham..
setuju jugak dgn pndpt penulis bahawa menulis itu bukan mudah...
perlukan kreativiti dan yang paling penting adakah tulisan kita itu memberi impak positif @ negatif kpd pembaca..sekadar pendapat seorang insan kerdil.
Catat Ulasan