Sahabat-sahabatku yang Mulia

Ahad, 2009 Julai 05

Aku bakal berkahwin

Dari sehari ke sehari,
Aku memerhati,
Ramai, bukan sedikit,
Telah diijabkabulkan,
Setelah lama bertunang.

Hati resah,
Masih belum bersedia untuk perkahwinan,
Walhal aku telah terikat dengan ikatan perjanjian,
Yang menjadi satu pertaruhan antara dua jalan,
Sama ada membina taman syurga atau mengorek lubang neraka.

Aku gerun,
Kerna telah menduakan cintaku padanya,
Bimbang aku menikmati perkahwinan yang penuh sengsara.

Aku takut,
Andai cintaku untuknya,
Hanya cinta retorik,
Walhal, hakikatnya,
Dialah tunangku yang sah.

Mas kahwinku masih belum cukup kukumpul,
Hantaranku masih belum sempat kupersiapkan,
Aku bimbang,
Andai dia memintaku bersegera,
Tanpa aku bersedia.

Itulah MAUT,
Tunangku..
Pertunanganku dengannya,
Menafikan cintaku pada yang lain.

Mungkin hari ini,
Atau esok,
Adalah akad yang sah antara kami berdua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanx cox ingatkan..